5 Cara Membuat Pinjaman Peribadi Untuk Kahwin

♠ Posted by Loan Planner in ,,, at 20:59
Berikut kami senarikan 5 langkah senang untuk memulakan permohonan pinjaman peribadi anda:

1. Selidik dan bandingkan pilihan anda

Sama seperti mencari vendor untuk majlis anda, memilih bank yang sesuai untuk membuat permohonan pinjaman memerlukan banyak survey dan kajian menyeluruh. Ada banyak faktor yang perlu dipertimbangankan termasuklah kadar faedah, yuran dan caj, keperluan peribadi dan sebagainya.

Kami sarankan anda layari  www.iMoney.my , laman web tersebut mempunyai pelbagai maklumat dan tips mengenai cara-cara mendapatkan pinjaman dan perkara-perkara yang perlu anda hadapi sebelum membuat pinjaman.



2. Nilai situasi kewangan peribadi anda

Dengan adanya maklumat-maklumat yang telah anda kaji, bandingkan situasi peribadi anda sekarang dengan pilihan kewangan yang terbaik.  Maklumlah, dengan kos hidup sekarang, ada pelbagai commitment yang perlu dibayar tiap awal bulan. Lagi-lagi mereka yang mempunyai pasangan, pasti hujung minggu ingin bertemu dan membuat aktiviti seperti menontong wayang atau hanya keluar untuk bermakan malam.

Selidik dan catat perbelanjaan anda setiap bulan untuk mengetahui jika anda mempunyai wang perbelanjaan lebih setiap hujung bulan.

Pastikan jumlah wang yang perlu anda bayar bulanan, berapa lamakah tempoh untuk melangsaikan pinjaman dan sesuaikah anda membuat pinjaman dengan situasi kewangan anda sekarang.



3. Cari borang permohonan yang sesuai

Kita hidup di era IT, semuanya dihujung jari. Dengan faktor kekangan masa, ramai yang bertoleh ke Internet untuk apa jua perkhidmatan. Anda boleh layari website Bank yang berpontensi untuk mendapatkan borang permohonan online.

Untuk mereka yang mempunyai pelbagai persoalan dan keraguan, pergi sahaja ke cawangan bank berham



piran untuk bertemu dengan wakil bank itu sendiri, lebih mudah kerana anda boleh ajukan soalan untuk mendapatkan kepastian.

Satu lagi cara, setiap bank menyediakan talian hotline, tidak perlu susah-susah boleh terus bertanya menerusi telefon.

4. Baca cetakan halus dan semak kira-kiranya

Kami tahu anda excited mendapat pinjaman peribadi, terasa ringan bebanan bahu untuk melangsungkan perkahwinan. Akan tetapi silalah BACA, SEMAK dan FAHAMI surat perjanjian sebelum buta-buta menandatangani surat tersebut. Ramai kes yang kita dengar, bila pegawai bank terangkan terma dan syarat bukan faham sangat, buat-buat bijak. Kemudian bila diserahkan surat perjanjian, terus ditandatangani, malas baca kerana terlalu banyak perkataan. Nahas nanti.

Lihat dengan teliti semua syarat-syarat pinjaman, semak jika ada kesilapan. Tidak bertapa jelas bertanya pada pegawai bank sehingga faham.



5. Serahkan dokumentasi pinjaman yang diperlukan

Langkah akhir, sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi memproses kelulusan permohonan pinjaman. Berikut adalah senarai dokumen yang biasanya diperlukan oleh bank:

Jika anda seorang pekerja yang mempunyai majikan

Borang permohonan yang lengkap
Satu salinan kad pengenalan atau dokumen pemastautin tetap
Satu salinan slip gaji bulan semasa anda atau sebelumnya ATAUpenyata bank yang menunjukkan gaji dikreditkan ke dalam akaun ATAU Borang BE dengan resit cukai pembayaran ATAU EA / Penyata KWSP.


Jika anda bekerja sendiri

Borang permohonan yang lengkap
Satu salinan kad pengenalan atau dokumen pemastautin tetap
Satu salinan Borang BE terkini anda dengan resit pembayaran cukai
Salinan sijil pendaftaran perniagaan


Senari diatas hanyalah dokumen umum yang diperlukan. Sila rujuk bank yang anda pilih untuk senari document yang lengkap. Lain bank, lain permintaannya.

Tempoh kelulusan pinjaman peribadi adalah berbeza antara bank, bergantung pada sejarah kredit peminjam dan jenis pinjaman yang dipohon (bercagar atau tidak bercagar).

sumber

1 comments:

Apakah Anda membutuhkan pinjaman untuk membayar utang Anda? Anda membutuhkan pinjaman untuk memulai bisnis, atau Anda membutuhkan pinjaman untuk membayar tagihan, mencari lagi karena kami memberikan pinjaman pada tingkat start up dari 2%, hubungi kami melalui email perusahaan:
alexandraestherloanltdd@gmail.com atau
alexandraestherfastservice@cash4u.com
Tuhan memberkati Anda.

Post a Comment